Tuesday, 4 August 2009

MINYAK DEPU @OUD

Satu ketika dahulu pengunjung belantara di sekitar Gunung Jerai, Sik, Baling dan lain-lain kawasan pendalaman amat teruja dengan usaha mencari teras depu. Malah ada diantara mereka menjadikan teras depu sebagai satu sumber pendapatan yang bukan sahaja sekadar pendapatan sampingan, tetapi pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang amat lumanyan. Teras depu atau juga dikenali dengan cendana atau pokok karas yang dikatakan menjadi bahan utama dalam industri pembuatan pewangi dan minyak atar.

Teras Depu yang bermutu yang digredkan sebagai "Double Super" boleh dipasarkan sehingga mencecah RM12,000.00 hingga RM18,000.00 sekilogram. Manakala harga minyk depu pula mencecah sehingga RM50,000.00 bagi satu kilogram. Depu atau nama saintifiknya "Aquilaria" dari keluarga "Thymelasecae" terdapat 15 spesis. Tetapi hanya 8 spesis yang boleh menghasilkan minyak depu yang bermutu antaranya "Aquilaria Crassna", " Aquilaria Malaccensis", "Aquilara Agallocha" dan "Aquilaria Sinesis". Merupakan sejenis tumbuhan yang hanya terdapat di kawasan hutan hujan tropika antaranya Indonesia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Utara India, Philippines, Borneo dan Papua New Guinea.

Depu juga dikenali sebagai "Mai ketsana" di Laos, "Tram Huong" (Vietnam), "Ghara" (Papua New Guinea), "Agar" (India). Bukan sahaja dijadikan bahan asas pewangi tetapi juga digunakan untuk tujuan perubatan, rawatan kecantikan, minuman dan lain-lain lagi.
Bangsa Arab merupakan pengguna terbesar minyak depu diikuti dengan Jepun, Taiwan, Hongkong, Cina dan Eropah. Di negara Arab minyak depu dikenali dengan nama "Oud" dan Cina sebagai "Chen-xiang", "Jin-koh" dalam bahasa Jepun yang bermaksud "kayu yang tenggelam" (sinking incense).
Disebabkan permintaan tinggi terhadap minyak tersebut, perusahaan minyak depu mula menarik minat pengusaha-pengusaha di negeri Kedah antara di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Jerai. Perusahaan tersebut merupakan usahasama antara sebuah syarikat milik bumiputra iaitu Metro Sunview dan PAS Jerai sendiri. Dengan adanya perusahaan memproses minyak depu di negeri Kedah diharap pengunjung belantara di sekitar Gunung Jerai mengambil kesempatan untuk mengeluarkan khazanah rimba untuk dibekalkan kepada syarikat berkenaan.
Namun demikian pencari depu juga perlu berwaspada dengan sumber yang diperolehi, walaupun dikutip dan ditebang dihutan belantara yang diharungi dengan limpahan keringat masing-masing tetapi keredzaan dari empunya belantara perlu diperolehi. Keizinan menebang dan menjual kayu depu dari pihak berwajib iaitu Jabatan Hutan Negeri Kedah Darul Aman merupakan satu tuntutan bagi memastikan sumber yang diperolehi halal dan mendapat keredzaan Allah SWT.

Moga-moga keberkatan membawa kesejahteraan dalam menterjemahkan " Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Yang hitam tu... minyak depu yang terhasil..


Ini dapor tempat masak dan proses penyulingan,
AWAS!!! nanti pecah
...mahalnya harga, lebih dari RM7,000.00 sebuah.


Inilah yang ada di Pejabat PAS Jerai,
belakang rumah MB aje...
jom la pi melawat.

1 Comments:

At 9 October 2012 at 06:32 , Blogger perfume muslim said...

assalamualaikum tuan..brp harga untuk 1kg minyak gaharu,selamat untuk diminum tak? ini no, hp saya 0127487876,brp harga utk 1 kilo dan ada brp gred?

 

Post a Comment

<< Home