DINAR EMAS: KELANTAN KEMBALIKAN ERA DAULAH OTHMANIAH
Harakahdaily
Bagaimanapun ia bukan sebagai mata wang, sebaliknya untuk simpanan nilai, mas kahwin, bayaran zakat dan hadiah. Ini memandangkan Seksyen 4 (1) Akta Legal Tender, Akta Bank Pusat 1958 menghalang penggunaan mata wang lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, semua pihak perlu fikirkan kaedah lain bagi memastikan emas dinar dapat digunakan secara meluas.
Katanya juga, pada masa akan datang mungkin boleh dibuka akaun khas di Ar Rahn bagi membolehkan mereka yan
g berminat menyimpan emas dinar.
g berminat menyimpan emas dinar.
"Kemudian pihak Ar Rahn boleh memberikan kepada pemilik akaun terbabit kad yang lengkap dengan cip seperti kad kredit mencatat jumlah nilaian emas dinarnya dan ia boleh digunakan di mana-mana sahaja.
"Kita tidak perlu membawa emas dinar, cuma membawa kad tersebut. Ia mungkin boleh digunakan jemaah haji ketika berada di Makkah. Jemaah haji boleh mendapat wang Rial di Money Changer tanpa perlu menukar kepada Dollar Amerika terlebih dahulu," katanya ketika merasmikan Seminar Dinar Emas di sebuah hotel di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun kata beliau kajian secara terperinci perlu dilakukan termasuk oleh Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana organisasi terbabit mempunyai dana yang besar.
Katanya, pihak berkenaan tidak perlu rigid dalam soal tersebut kerana emas dinar tidak akan susut nilainya, malah sentiasa meningkat.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, katanya sehingga kini sudah ada beberapa pihak mewujudkan emas dinar masing-masing termasuk di Johor dan Indonesia tetapi dalam bentuk yang berbeza-beza.
"Sekiranya kita dapat selaraskan pada masa akan datang tentunya penggunaan emas dinar akan lebih meluas lagi. Kita juga tidak menolak kemungkinan pada masa akan datang, ada pihak lain pula yang meniru usaha dilakukan di Kelantan," ujarnya.
Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika melancarkan Emas Dinar Kelantan petang tadi berharap semua pihak termasuk golongan profesional turut sama memperluaskan penggunaan emas dinar.
Menurutnya, kerajaan Kelantan hanya mengembalikan kegemilangan zaman pengurusan institusi kewangan Islam menggunakan dinar dan dirham seperti di zaman Rasulullah s.a.w.
"Walaupun emas dinar dilancarkan tidak bererti Kelantan akan menggunakannya sebagai mata wang, sebaliknya ia hanya untuk simpanan nilai, mas kahwin atau seumpamanya.
"Ia juga boleh dijadikan pemberian hadiah sempena kelahiran cucu baru, sebab biasanya bila dapat cucu perempuan, datuk atau nenek menghadiahkan cincin, gelang atau rantai emas," ujarnya.
Turut hadir pada pelancaran itu Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Aiseri Alias, Ketua Hakim Syarie, Dato' Muhammad Daud dan anggota-anggota Exco serta pegawai-pegawai kerajaan.
Menteri Besar berkata, tanpa sokongan semua pihak hasrat murni kerajaan negeri memartabatkan emas dinar tidak akan menjadi kenyataan.
Beliau juga berkata, memartabatkan emas dinar bukan bererti kembali pada zaman primitif, sebaliknya menonjolkan semula kegemilangan institusi kewangan Islam di masa lampau.
Oleh itu, tambahnya setiap rakyat di Kelantan disaran sekurang-kurangnya memiliki satu dinar emas.
Masyarakat Cina turut mengambil kesempatan membeli emas dinar sempena pelancaran itu. Manakala Timbalan Menteri Besar menjadi pembeli pertama, diikuti Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Shkori Muhamed, wakil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Dewan Muslimat dan Koperasi Wanita Islam Kelantan.
Sempena majlis itu juga Menteri Besar merasmikan Pusat Pengedaran Emas Dinar Kelantan, yang terletak bersebelahan Hotel Ansar. Pada pelancaran tersebut lebih RM20,000 nilaian emas dinar telah dijual kepada orang ramai.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home