Friday, 25 February 2011

KURSUS PENULISAN BERITA PAS KEDAH

Alor setar; Seramai 16 peserta dari seluruh Kedah telah mengikuti kursus Teknik Penulisan Berita anjuran PAS Kedah di Kota Sarang Semut baru-baru ini.
Kursus yang diadakan sehari itu melibatkan petugas-petugas media PAS dari seluruh kawasan di negeri Kedah bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Pegawai Media Kerajaan Negeri Kedah Encik Zulkifli Yahya yang dijemput sebagai penceramah khas telah mendedahkan beberapa teknik penulisan berita yang terbaik untuk disalurkan kepada masyarakat.
Dalam ceramah yang disampaikan beliau menasihati peserta kursus supaya menjadikan medan penulisan dijadikan saluran terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat keseluruhan.
Selain beliau, Saudara Azman Ahmad yang juga petugas IT PAS Kedah turut menyampaikan taklimat berhubung pengurusan laman web khusus untuk pengendali laman web kawasan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home