Thursday, 30 July 2009


Fitnah... Ni Cerita Fitnah Ni, Nak Tunjuk Kat Rakyat Kononya Orang-orang PAS dan PR Bila Jadi Kerajaan Kawaq Macam UMNO Kepala Kawaq Tu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِي

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada mu orang-orang fasiq membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya ynag menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan mu itu.” Al-Hujuraat (6)


Isu pembalakan di Lot 1771, Bukit Kachi, Sintok, Kedah. Di Failkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 28 Julai 2008 seperti yang disiarkan di Buletin Utama TV3.

Tandatangan palsu !!!
Affidavit palsu !!!
Jangan-jangan peguam pun palsu !!!
eh eh eh takkan Pesuruhjaya Sumpah pun palsu...
ish ish ish ishhhh semua pakat menipu mahkamah....
depa ingat rakyat macam puak-puak bangang UBN yang dah nak lingkup tu....
pergi jahanam UBN
biarlah kami pula nak berkhidmat untuk rakyat demi ISLAM

" Encik CH Lim mendakwa tidak pernah berjumpa dengan Peguam En. Zul Azri Bin Abdul Khalil, dan Pesuruhjaya Sumpah yang menyaksikan affidavit yang diikrarkan . Mereka telah bersubahat dengan pihak-pihak tertentu dengan memalsukan tandatangan untuk menipu mahkamah. "
Beliau (CH Lim) sendiri hanya mengetahui kes yang melibatkan dirinya melalui Buletin Utama TV3 pada 28 Julai 2009. Jesteru itu, beliau telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah bertarikh 30 Julai 2009 menafikan penglibatan beliau dalam kes saman ini. seperti salinan di atas.
Untuk menafikan penglibatannya Encik CH Lim telah membuat laporan polis pada 30 Julai 2009 terhadap pihak-pihak yang menggunakan nama beliau dalam mengemukakan kes ini di mahkamah.

Sama-samalah kita ikuti babak-babak sendiwara seterusnya
Moga-moga Kedah terus sejahter, rakyat bersama Pakatan Rakyat, INSYALLAH.

Sekian.

Gambar : En CH Lim (berbaju gelap) sedang memberikan
penjelasan kepada saya, Che Had Dhali dan peguam beliau.


Gambar: En CH Lim sedang menandatangani Akuan Bersumpah
menafikan penglibatan beliau dalam kes ini di hadapan Pesuruh Jaya Sumpah.

Tuesday, 14 July 2009

Menang Dalam Kelesuan

Post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada PRK Dun Manek Urai hari ini perlu disegerakan.
Demikian kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman selepas keputusan muktamad pengundian diumumkan oleh SPR.





Katanya, selain faktor dari pihak lawan yang menabur berbagai janji pilihanraya termasuk kesediaan pihak kerajaan pusat menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar, tetapi faktor dalaman PAS dan Pakatan Rakyat juga perlu diteliti.

Apa Kata Tok Guru

"InsyaAllah ia berpihak kepada golongan yang memperjuangkan Islam," kata beliau. Menteri Besar juga yakin cuti yang diberikan kerajaan negeri kepada penjawat awam hari ini memudahkan mereka pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Menurutnya juga pengundi muda di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan umpan kebendaan yang djanjikan pemimpin Umno termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhuyiddin Yassin yang mahu membina jambatan baru.

Keputusan Terkini PRK MUK

MANEK URAI : MUKTAMAD : PAS menang

PAS : 5,348
BN : 5,283
Undi Di Tolak : 117
Majoriti : 65
Peratus undi : 87%