Friday, 9 August 2013

DIALOG DUA ZAMAN

Dialog Dengan Cucu Di Hari Raya



Cucu
:
TokNjang, sapa yang paling sedih di hari raya
TokNjang
:
Orang Mukmin
Cucu
:
Pasai apa
TokNjang
:
Orang mukmin bersedih kerana Ramadzan akan meninggalkan mereka.
Cucu
:
Ya laa, tapi hari raya lagi seronok
TokNjang
:
Orang Mukmin seronok bila bulan Ramadzan tiba sebab bulan Ramadzan bulan yang penuh keberkatan, bulan keampunan, bulan rahmat, bulan yang diturunkan Al-quran, bulan yang ada malam Lailatul Qadar, penghulu segala bulan, bulan ini yang akan meninggalkan mereka, jadi orang-orang mukmin bersedih laa..
Cucu
:
ooo gi tu, tapi pasal apa orang seronok sangat bila nak sambut raya
TokNjang
:
Jangan jadi macam iblis
Cucu
:
Pasai apa pula
TokNjang
:
Iblis seronok kerana dibebaskan untuk menggangu semula umat Adam, boleh menyesatkan mereka, boleh makan sesuka hati, boleh buat pesta besar-besaran, boleh bersalam-salaman dengan sapa saja, boleh bersukaria sepenuhnya.
TokNjang
:
Sebenarnya iblis lah yang seronok berpesta keriangan.
Cucu
:
ooo gi tu…
Habis tu yang gegak gempita seluruh kampong tembak mercun pong-pang pong-pang tembak bunga api lagi macam raya cina tu
TokNjang
:
Kes tu lagi terok cucu oiii, yang kita dok tiru cina tu buat apa? Tu budaya cina depa meraikan perayaan dengan tembak mercun halau hantu-hantu yang gangu ketenteraman depa… ikut kepercayaan depa.
Yang kita dok main mercun tu nak halau sapa? Kita Halau Malaikat Rahmat sebenarnya
Cucu
:
Ya Allah teruk betul Toknjang kalau macam tu. Kita berpuasa penat-penat bila hari raya kita tak sedar yang kita cari bala kita tolak rahmat.
TokNjang
:
Tu laa cucu oi… Ramadzan yang kita lalui tak bagi apa-apa kesan Cuma kita boleh berlapar disiang hari saja la…
Cucu
:
Toknjang jom kita pi sembahyang asar, dah azan tu.
TokNjang
:
Jom lah.







0 Comments:

Post a Comment

<< Home