nilah Gambar2 Pimpinan Tertinggi UMNO Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan Anak Bekas Timb. Presiden PAS.. Mana Pulak Pimpinan Tertinggi PAS Yang Hadir?? Jom Terjah!!!
BANGI:
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad hadir
memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS,
Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.
Muhyiddin,
yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan
bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri
Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.
Turut
kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri
Abu Zahar Ujang; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee;
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor
dan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Ketika
ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok, berkata
beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu
kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan
ideologi politik.
Nusaibah,
anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan
pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan
Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home