Sumbangan Kepada Siswa Siswi IPTA di Jerai
Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar-PeLajar IPTA Parlimen Jerai
Sungai Limau, 5 Nov; Seramai 300 orang siswazah dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam di kawasan Parlimen Jerai telah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri hari ini. Dari jumlah tersebut seramai 174 orang penerima adalah pelajar peringkat Ijazah dan 126 orang di peringkat Diploma
Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak di kediaman beliau di Batu 15 Sungai Limau dengan peruntukan sebanyak RM98,400.
Majlis itu disertai oleh sekitar 600 orang termasuk waris-waris pelajar itu turut disertai oleh YB Ustaz Firdaus bin Jaafar Ahli Parlimen Jerai serta pimpinan Pas Kawsan Jerai.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Jerai Hj Kamaruzzaman bin Abdullah (kiri) berbincang sesuatu dengan Setiausaha Lajnah Ustaz Azam bin Abd Samad
Hj Kamaruzzaman sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang waris pelajar yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut disebabkan keuzuran.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home