Friday, 28 August 2009

RAMADHAM AL MUBARAK

RAMADHAN DISAMBUT MERIAH?
Umat Islam di negara ini (khususnya orang melayu) menyambut Ramadhan dengan “ agak mengelirukan ”
Bagi mereka yang benar-benar faham mengangap bulan yang bulia penuh dengan keberkatan, keampunan, bulan kebajikan dan penghulu segala bulan. Sudah tentu golongan ini akan berlumba-lumba menunaikan ibadah dan amalan-amalan sunat, bertadarus Al-Quran, banyak bersedekah, tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan puasa yang dilakukan mendapat keredzaan Allah sepenuhnya. Dan bulan Ramadhan sepatutnya menjadi madrasah kepada Umat Islam, bulan yang mengajar erti kesabaran, mengasuhkan memperbanyakkan amalan sunat, mengajar bagaimana perlu perpaduan ummah bagi mengerjakan seruan Ilahi dan Rasul tercinta.
Tetapi kebanyakan orang menyambut dengan gaya yang agak berlainan dari fitrah Ramadhan, dan ada yang bertentangan dengan sunnah malah adat orang melayu yang diamalkan oleh nenek monyang kita sebelum ini.
Kini Ramadhan disambut dengan pasar Ramadhan, di mana saja kita akan melihat sepahan pasar gerai yang menjual beraneka jualan: makanan, pakaian, buah-buahan dan sebagainya. Apakah berniaga itu tidak boleh dilakukan di bulan puasa, atau apakah peniaga juga mesti puasa perniagaan mereka”
Jawabanya tentu tidak begitu, tetapi yang peliknya para peniaga seolah-olah menganggap berniaga di bulan puasa satu perniagaan yang amat menguntungkan. Ada yang berniaga tapi puasanya entah kemana, asyik berniaga hinggakan solat waktu diabaikan.
Perniagaan memang dibolehkan, tetapi perniagaan itu bukan sahaja mendapat keuntungan duit ringgit yang banyak, tetapi biarlah perniagaan itu mendapat keredzaan Allah sepenuhnya. Sama seperti cakap orang sekarang “fair and balance”, baru seimbang namanya, dunia pun dapat akhirat pun dapat.
Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan shalat?”
Beliau rahimahullah menjawab:
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan shalat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan shalat adalah kafir dan murtad. Dalil bahwa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
“Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home