Amanat PRK Sibu - Hj Abdul Hadi b Awang (Presiden PAS)
"Saya mahu rakyat Sibu menjadi ikan yang bijak, pilih umpan yang baik sekali tapi hanya makan umpan sahaja jangan sekali-kali makan pancing. Biar dia bawa balik pancing ke Kuala Lumpur dan tenung pancing tersebut kenapa ikan di Sibu tidak terkena pancingnya kali ini” Hj Abdul Hadi b Awang (Presiden PAS)
SIBU, 16 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Sibu memberi pengajaran kepada BN pada Pilihan Raya Kecil kali ini dengan menolak parti itu kerana membohongi rakyat.
Menurutnya, BN hanya menunjukkan keprihatinan mereka bila terdapat pilihan raya, namun yang jelas lebih 50 tahun memerintah, Sarawak masih ketinggalan.
Read more »