Saturday, 25 December 2010

Apakah Hubung Kait APCO, 1Malaysia, 1Israel, Yahudi, Najib & Anwar

25 December 2010

Mai kita pikiaq tengok hubung kait APCO, 1Malaysia, 1Israel, Yahudi, Najib & Anwar

One Israel One Malaysia Bukan Bawah APCO!!

Melalui laporan Bernama semalam, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz ada berikan kenyataan yang mengatakan tidak kira One Israel One Malaysia tiada kena mengena dengan APCO Worldwide. Mana ada Malaysia terlibat, ini semua pembohongan si Anwar Ibrahim dan konco-konconya dari Pakatan Rakyat. Kerja nak fitnah kerajaan Malaysia sahaja. Mungkin begitulah butir-butir perkataan yang keluar semasa membuat kenyataan.
Read more »

Sunday, 12 December 2010

PERJANJIAN PAJAKAN PULAU PINANG

Nilai Pajakan Pulau Pinang &Seberang Perai Sp$10,000 Nilai Semasa Jun 1800
Jalan Mudah untuk Selamatkan Pulau Pinang.
(taipingmali.blogspot.com; Jumaat, Ogos 20, 2010)

Perak sebagai mana sedia maklum, hanya rakyat yang berbangsa Melayu beragama Islam sahaja boleh dilantik menjadi Menteri Besar.

Perkara yang sama hendaklah dilakukan ke atas Pulau Pinang jika mahu selamat. Pulau Pinang, Melaka dan Singapore adalah  Negeri Selat berdasarkan perundangan British sewaktu penjajahan mereka.

Hari ini Melaka hilang kesultanannya selepas pemerintahan Portugis, Belanda dan British. Walaupun semua maklum bahawa Kesultanan di Tanah Melayu adalah bermula di Melaka.

Pulau Pinang pada asalnya adalah tanah pajakan British daripada Sultan Kedah.Pembayaran pajakan masih berjalan sehingga ke hari ini. Ini bermakna secara tradisinya Pulau Pinang masih hak milik Kedah walaupun Pulau Pinang mempunyai kerajaan negeri sendiri.

Harap pakar sejarah dan perundangan dapat meneliti perkara dan urusan ini. Kembalikan kedaulatan negeri Pulau tersebut. Difahamkan juga bahawa Raja Uda, nenda Raja Petra Kamaruddin adalah orang besar di pulau tersebut.

YDP Agong dan Majlis Raja-Raja boleh buka fail lama untuk menyelamatkan pulau tersebut daripada menjadi Singapura kedua.


Hubungan Kedah-Inggeris Sehingga 1909
Hubungan peringkat awal bersifat perdagangan dan bermula sejak tahun 1609. Saudagar-saudagar Inggeris banyak berdagang pakaian dan besi sebagai pertukaran hasil perdagangan Kedah seperti bijih timah, tembaga, gajah dan hasil hutan. Di antara pedagang-pedagang Inggeris yang terawal yang berniaga di Kedah termasuklah John Lock dan Alexander Hamilton.
Read more »

Saturday, 4 December 2010

Ketuanan Melayu : UMNO belit ucapan Azizah sampai jadi isu lain pulak dah..!!

Peguam Umno Yang Tak Khatam Perlembagaan
Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO)

SEMASA penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru-baru ini saya tersapa Mustapa Mohamed dan bercakap beberapa patah dengannya. Kebetulan pada masa itu peguam Umno, Mohd Hafarizam Harun lewat berhampiran kami bercakap. Mustapa begitu terpandang Hafarizam - dengan gaya tersendirinya (gopoh takut) menyapa Hafarizam dengan penuh hormat. Mustapa memang sangat menghormati orang yang ada kuasa dan kedudukan.

"Ini peguam negara?" kata Mustapa memperkenalkan Harfarizam kepada saya sambil menempuk-nepuk bahu Hafarizam. Saya sudah kenal peguam muda ini sewaktu dia mengurus dan menyelesaikan kes petisyen dibuat oleh bekas calon BN yang kalah di Kulim Bandar Baru, Abdul Aziz Sheikh Kadir.

Kes itu diselesaikan diluar mahkamah dengan Aziz menarik balik petisyen dan ahli Parlimen Kulim Bandar - Baru kekal sebagai wakilnya. Adalah terma-terma tertentu menyebabkan petisyen itu ditarik balik dan mengekalkan ahli Parlimen berkenaan di Parlimen.
Read more »

Wednesday, 1 December 2010

AURAT 2

Kewajiban Menutup Aurat;

MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.
JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.
Read more »

Bikini Muslimah

Burqini (Moslema Swin Suit)


i

Rate This
Quantcast


Burqini adalah sejenis pakaian renang (bikini) yang dirancang oleh seorang keturunan Lebanon-Australia Aheeda Zanetti menurut model busana burqa. Setelan ini cukup untuk menutupi bagian tubuh yang disebut aurat bagi muslim, namun juga cukup ringan untuk memungkinkan berenang.
Read more »

AURAT

Kewajiban Menutup Aurat.

oleh Ahmad Baei Jaafar

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.

Read more »