Himpunan Hijau penuh gaya menuju Putrajaya
| Analisis Zulkifli Sulong, | 02 Jun 2012 |

(Pandangan penuh dalam Stadium Darul Aman malam tadi)
ALOR SETAR: PAS melancarkan kempen menuju Putrajaya malam ini dengan penuh bergaya apabila Himpunan Hijau ke Putrajaya berjalan dengan meriah dan penuh warna warni.
Himpunan
malam ini berjalan ala pesta-pestaan apabila segala bunyi-bunyian dari
serunai di samping bendera PAS sentiasa sahaja berkibar memenuhi
stadium.

