Ustaz Azizan yang kukenali
USTAZ AZIZAN yang kukenali.. Beliau mempunyai jiwa kebapaan yang tinggi.. Sekarang beliau masih kritikal di Hospital PPinang dgn kaki dah kudung ke paras lutut.. 2 hari lalu, begitu ramai orang beria ia menyebar khabar angin bahawa xMB Kedah, Ust Azizan dah mati.. Kasihan insan tokoh pendidikan ini yg dah berjasa membangunkan Insaniah sehingga menjadi Universiti dan Kolej Sains Pulau Tuba walau baru sepenggal menjadi Master Chef Kedah..
Ini kisah yang aku janji nak cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali ramai, meninggal dunia pada 15 Julai 2008... Ustaz Azizan adalah antara orang pertama yang sampai ke rumah Ibu ku dan mengarahkan agar ruang disusun bersesuaian utk dikunjungi ramai Read more »
Doa seluruh NGO Islam untuk Ustaz Azizan

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malayasia (Mapim) mewakli semua NGO Islam yang bergabung di bawahnya mendoakan agar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar)sembuh dari pembedahan yang telah dilaluinya kelmarin.
“Kami merakamkan doa untuk beliau dan keluarga beliau agar tabah melalui ujian ini.
“Kami juga turut merasa simpati di atas ujian yang berat ini setelah beliau telah berjaya memimpin Kedah selama 5 tahun sebagai Menteri Besar dengan cemerlang,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Katanya, sumbangan Ustaz Azizan ketika menerajui negeri Kedah tidak akan dapat dilupakan terutama dalam pembangunan pendidikan Islam di negeri itu.
“Beliau telah berkorban sebagai pemimpin negeri yang boleh dicontohi kerana gaya hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan diri dan sentiasa memastikan rakyat terbanyak merasai nikmat dari pemerintahan yang diterajuinya.
“Dalam keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan beliau sering mengutamakan tanggungjawabnya untuk memastikan kerajaan negeri berfungsi dengan licin.
“Kami bersama seluruh rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya mendoakan agar Allah SWT menyembuhkan penyakitnya dan memberi kekuatan kepada beliau dan keluarganya bersama rakyat melihat Islam berdaulat seperti yang diperjuangkan oleh beliau selama ini,” ujar Mohd Azmi lagi.