SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Jerai Pada 26 September
Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri PAS Jerai 1430 yang diadakan di perkarangan pejabat PAS Jerai baru-baru ini disambut meriah dengan kehadiran sekitar 8,000 pengunjung.
Sambutan yang merupakan acara tahunan sejak lebih dari 10 tahun itu memang tidak asing lagi bagi masyarakat setempat terutamanya ahli-ahli dan penyokong PAS. Kini bukan sahaja ahli-ahli dan pendokong PAS yang bertandang ke majlis tersebut, malah segenap lapisan masyarakat akan memenuhi ruang pejabat PAS Jerai yang juga merupakan rumah kediaman YAB Menteri Besar Kedah di kawasan DUN Sungai Limau. Selain masyarakat melayu yang menziarahi rumah terbuka tersebut, turut kelihatan pemimpin-pemimpin masyarakat kaum Tionghua dan anak buah masing-masing serta pemimpin-pemimpin dan masyarakat India.
Pemimpin PAS Kawasan Jerai yang diketuai oleh YAB Ustaz Azizan sendiri telah meraikan tetamu yang penuh sesak bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 5.00 petang.
Selain menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan termasuk sate, nasi daging, nasi dagang, laksa, bihun sup serta tapai adalah antara makanan yang menjadi pilihan utama pengunjung. Manakala kanak-kanak turut disediakan dengan ais kerim dan ais kacang.
Dengan bantuan AJK PAS Kawasan, YAB Ustaz Azizan serta Isterinya turut mengagihkan wang raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.
YDP PAS Kawasan Jerai dah mai - " YAB Dato' Seri Ustaz Azizan bin Razak"

Kalau pi majlis macam ni makanan lain tak boleh makan tak pa, tapi kalau tak dapat sate.... aaah.. macam tak pi laa...
ARU bekas ADUN Bukit Selembau.
YDP PAS Jerai layan tetamu... YB Dr apa taktau (BN Gurun)... YB Dr Leong
Unit Amal Kawasan Jerai pun ada, petugas tetap Unit Amal Kedah Sdr Md Ali pun turut hadir memberi bantuan.
YAB YDP PAS Jerai mengamuk.. " tu la, aku dok kata dah orang ramai, hampa potong.. "
0 Comments:
Post a Comment
<< Home