Monday, 30 August 2010

UMNO JADI MACAM BERUK TELAN MERCUN


PERMATANG PAUH, 30 Ogos: 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.
Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.
Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup.  Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.
Read more »

Saturday, 28 August 2010

Tazkirah di surau: Nik Aziz Pertahan Teo

Ogos 29, 10 8:29am

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan ahli parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.
Read more »

Monday, 16 August 2010

DINAR EMAS: KELANTAN KEMBALIKAN ERA DAULAH OTHMANIAH


Harakahdaily  

Bagaimanapun ia bukan sebagai mata wang, sebaliknya untuk simpanan nilai, mas kahwin, bayaran zakat dan hadiah. Ini memandangkan Seksyen 4 (1) Akta Legal Tender, Akta Bank Pusat 1958 menghalang penggunaan mata wang lain.


Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, semua pihak perlu fikirkan kaedah lain bagi memastikan emas dinar dapat digunakan secara meluas.


Katanya juga, pada masa akan datang mungkin boleh dibuka akaun khas di Ar Rahn bagi membolehkan mereka yan
Read more »