Saturday, 5 November 2011

Sumbangan Kepada Siswa Siswi IPTA di Jerai

 Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar-PeLajar IPTA Parlimen Jerai


Sungai Limau, 5 Nov;      Seramai  300 orang siswazah dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam di kawasan Parlimen Jerai telah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri hari ini. Dari jumlah tersebut seramai 174 orang penerima adalah pelajar peringkat Ijazah dan 126 orang di peringkat Diploma

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak di kediaman beliau di Batu 15 Sungai Limau dengan peruntukan sebanyak RM98,400. 

Majlis itu disertai oleh sekitar 600 orang termasuk waris-waris pelajar itu turut disertai oleh YB Ustaz Firdaus bin Jaafar Ahli Parlimen Jerai serta pimpinan Pas Kawsan Jerai.

 

Read more »