Friday, 28 August 2009

RAMADHAM AL MUBARAK

RAMADHAN DISAMBUT MERIAH?
Umat Islam di negara ini (khususnya orang melayu) menyambut Ramadhan dengan “ agak mengelirukan ”
Bagi mereka yang benar-benar faham mengangap bulan yang bulia penuh dengan keberkatan, keampunan, bulan kebajikan dan penghulu segala bulan. Sudah tentu golongan ini akan berlumba-lumba menunaikan ibadah dan amalan-amalan sunat, bertadarus Al-Quran, banyak bersedekah, tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan puasa yang dilakukan mendapat keredzaan Allah sepenuhnya. Dan bulan Ramadhan sepatutnya menjadi madrasah kepada Umat Islam, bulan yang mengajar erti kesabaran, mengasuhkan memperbanyakkan amalan sunat, mengajar bagaimana perlu perpaduan ummah bagi mengerjakan seruan Ilahi dan Rasul tercinta.
Read more »

SYAITAN MASIH BERKELIARAN DIBULAN RAMADHAN?


Ust Nik Nasri Menulis

DariAbi Hurairah, katanya, Nabi SAW bersabda, maksudnya: ‘Apabila masuknya malam pertama dari bulan Ramadhan, syaitan dan jin yang ganas dibelenggu. Pintu neraka ditutup, Tidak dibuka satupun darinya. Pintu syurga dibuka. Tidak satupun darinya ditutup. Ada satu seruan: ‘Wahai orang yang mencari kebaikan! Berhadaplah ke mari. Wahai orang yang mencari kejahatan! Henti hentilah (perkara jahat kamu itu).

Bagi Allah itu ada hamba-hamba yang dimerdekakan. Demikian itu pada setiap malam.’ Riwayat at-Tirmizi

Ringkasan:
Imam Nawawi menyebut jin syaitan ini dibelenggu kerana menghalang mereka dari menyakiti orang mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Belenggu itu boleh jadi hakiki (sebenar) atau majazi (simbolik).

Al-Qadhi Iyadh menyebut: Boleh jadi Allah membelenggukan syaitan itu dengan rantai dan belenggu dengan sebenarnya, bukan ia majazi atau secara simbolik sahaja. Tujuannya supaya mereka tidak menyakiti mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Boleh jadi juga ia adalah simbolik. Allah jadikan mereka itu lemah dari menipu-daya mukmin dalam bulan puasa ini hingga jadi kuranglah tipu-dayanya. Maka jadilah mereka itu seolah-olah dibelenggu. Belenggu juga dengan makna mereka tidak dapat menipu sebahagian mukmin dan sebahagiannya dapat ditipunya. Sebahagian perkara dapat ditipu dan sebahagiannya tidak. Ini semua bermaksud membesarkan bulan Ramadhan itu.

Berkenaan pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka, Imam Nawawi menyebut bahawa ia boleh jadi hakiki atau majazi juga. Ertinya apabila masuk bulan puasa itu, Allah buka jalan taat yang banyak kepada hambaNya, yang tidak ada di bulan selain Ramadhan seperti berpuasa, berjaga malam dan pelbagai kebajikan yang lain. Maka itulah yang menjadikan sebab masuk syurga dan seolah-olah itulah pintunya.

Berkenaan seruan itu pula, ia tidak didengari oleh manusia. Namun Allah tidak membiarkan begitu sahaja. Allah memberitahu Nabinya tentang seruan tersebut. Diwakilkan kepada Malaikat menyeru pada setiap malam puasa memanggil hamba-hambaNya untuk berbuat taat dan menjauhkan maksiat.

Allah memerdekakan hambaNya dari neraka dengan sebab ketaatan yang dibuat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab mengesakan Allah. Ada yang dimerdekakan dengan sebab solat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab puasa. Pemerdekaan dalam bulan puasa ialah dengan sebab pahala puasa dan berkatnya.

(Ringkasan Bahr al-Mazi j3 ms 3-6)

Monday, 17 August 2009

MARHABAN YA RAMADZAN

Alhamdulillah, penghulu segala bulan dan bulan yang amat di berkati bakal ditempuhi oleh seluruh umat islam.

Pelbagai cara persiapan yang dilakukan sebagai menyambut bulan mulia ini, kalau dulu-dulu dikampong ibu-ibu sebok ke bukit mencari kayu api sebagai persiapan untuk menyediakan juadah di bulan ramadzan.

Tapi sekarang suasana tidak sebegitu lagi, suasana telah berubah, peredaran zaman katakan. Sebaliknya pihak peniaga-peniaga dan gedung pakaian serta supermarketlah yang berlumba-luba, tidak ketinggalan juga promosi berbukalah, berbuka amal lah, eh macam-macam lagi. Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga kecil-kecilan. Ada yang menjual kurma, kuih muih dan makanan segera. Lebih sibuk peniaga-peniaga ni apabila hampir menjelang syawal. Waktu itu lain pula jenis perniagaan yang diperkenalkan......... bersambung

Aai... sampai 2 kotak korma atas meja, jadi pengedar la tuu.

Thursday, 6 August 2009

SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR KE IPTA DAN IPTS

Seramai 43 orang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam Parlimen Jerai telah menerima sumbangan pendidikan di Pejabat PAS Kawasan Jerai pada 7 Ogos 2009. Penyampaian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Firdaus bin Jaafar.


Tuesday, 4 August 2009

MINYAK DEPU @OUD

Satu ketika dahulu pengunjung belantara di sekitar Gunung Jerai, Sik, Baling dan lain-lain kawasan pendalaman amat teruja dengan usaha mencari teras depu. Malah ada diantara mereka menjadikan teras depu sebagai satu sumber pendapatan yang bukan sahaja sekadar pendapatan sampingan, tetapi pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang amat lumanyan. Teras depu atau juga dikenali dengan cendana atau pokok karas yang dikatakan menjadi bahan utama dalam industri pembuatan pewangi dan minyak atar.

Teras Depu yang bermutu yang digredkan sebagai "Double Super" boleh dipasarkan sehingga mencecah RM12,000.00 hingga RM18,000.00 sekilogram. Manakala harga minyk depu pula mencecah sehingga RM50,000.00 bagi satu kilogram. Depu atau nama saintifiknya "Aquilaria" dari keluarga "Thymelasecae" terdapat 15 spesis. Tetapi hanya 8 spesis yang boleh menghasilkan minyak depu yang bermutu antaranya "Aquilaria Crassna", " Aquilaria Malaccensis", "Aquilara Agallocha" dan "Aquilaria Sinesis". Merupakan sejenis tumbuhan yang hanya terdapat di kawasan hutan hujan tropika antaranya Indonesia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Utara India, Philippines, Borneo dan Papua New Guinea.

Depu juga dikenali sebagai "Mai ketsana" di Laos, "Tram Huong" (Vietnam), "Ghara" (Papua New Guinea), "Agar" (India). Bukan sahaja dijadikan bahan asas pewangi tetapi juga digunakan untuk tujuan perubatan, rawatan kecantikan, minuman dan lain-lain lagi.
Bangsa Arab merupakan pengguna terbesar minyak depu diikuti dengan Jepun, Taiwan, Hongkong, Cina dan Eropah. Di negara Arab minyak depu dikenali dengan nama "Oud" dan Cina sebagai "Chen-xiang", "Jin-koh" dalam bahasa Jepun yang bermaksud "kayu yang tenggelam" (sinking incense).
Disebabkan permintaan tinggi terhadap minyak tersebut, perusahaan minyak depu mula menarik minat pengusaha-pengusaha di negeri Kedah antara di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Jerai. Perusahaan tersebut merupakan usahasama antara sebuah syarikat milik bumiputra iaitu Metro Sunview dan PAS Jerai sendiri. Dengan adanya perusahaan memproses minyak depu di negeri Kedah diharap pengunjung belantara di sekitar Gunung Jerai mengambil kesempatan untuk mengeluarkan khazanah rimba untuk dibekalkan kepada syarikat berkenaan.
Namun demikian pencari depu juga perlu berwaspada dengan sumber yang diperolehi, walaupun dikutip dan ditebang dihutan belantara yang diharungi dengan limpahan keringat masing-masing tetapi keredzaan dari empunya belantara perlu diperolehi. Keizinan menebang dan menjual kayu depu dari pihak berwajib iaitu Jabatan Hutan Negeri Kedah Darul Aman merupakan satu tuntutan bagi memastikan sumber yang diperolehi halal dan mendapat keredzaan Allah SWT.

Moga-moga keberkatan membawa kesejahteraan dalam menterjemahkan " Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Yang hitam tu... minyak depu yang terhasil..


Ini dapor tempat masak dan proses penyulingan,
AWAS!!! nanti pecah
...mahalnya harga, lebih dari RM7,000.00 sebuah.


Inilah yang ada di Pejabat PAS Jerai,
belakang rumah MB aje...
jom la pi melawat.