Pelik! Memang Pelik! ... Orang Melayu Percaya Benda Pelik-Pelik
Cerita benda-benda pelik ni yang menjadi perhatian kebanyakan orang kita, apa tidaknya dah beberapa kali timbul cerita sejadah berdiri. Mula-mula di Kelantan, lepas itu di Perlis. Mufti pun keluarkan fatwa, alim ulama beri pandangan.
Tiba-tiba petang tadi sebelum magrib gempar pula di Tanjong Dawai, ada lagi cerita sebegini. Heboh sekitar Merbok, Singkir dan Tanjong Dawai sejadah berdiri macam orang sembahyang berjemaah di surau kampng Sungai Pial dekat Tanjong Dawai.
Selepas solat magrib maka yang sembahyang berjemaah pun bergegas beramai-ramai kerana ingin melihat sendiri. Memang benar cerita pelik mudah tersebar, orang ramai berpusu-pusu membanjiri surau tersebut. Bukan sahaja motosikal dan kereta kecil yang berhenti, malah pemandu bas mara dan bas persiaran yang lalu turut berhenti untuk melihat kejadian tersebut.

Cerita atas cerita atas cerita, gitu gini gitu gini, macam-macam rawi yang dibawa.
Bila lihat sendiri secara dekat sebenarnya tidak ada apa-apa yang menakjubkan, cuma cerita-cerita dari mulut ke mulut yang membuatkan orang ramai amat teruja.
Paling menakjubkan ialah orang ramai yang datang ke surau untuk melihat kain sejadah berjemaah, "mereka sendiri pun tidak berjemaah". Yang datang tak menutup aurat, berseluar pendek. masuk keluar surau sampai mengganggu jemaah di situ nak menunaikan solat. Bahkan tidak nampak seorang pun yang bersembahyang pada ketika itu.
Inilah keajaiban sikap orang-orang melayu, kalau begini baik diaturkan lebih banyak kain sejadah berjemaah seolah-olah solat jumaat, kerana kalau dibiarkan pun sudah tentu surau itu kosong kerana tidak ramai yang datang berjemaah.
Sejadah sembahyang pun sembahyang lah..........
0 Comments:
Post a Comment
<< Home